UiTM bekerjasama dengan Shopee, Simplysiti, Xinn Global

SYED Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (tiga dari kiri) dan Siti Nurhaliza Tarudin dalam majlis MoU dengan UiTM, baru-baru ini.

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berkolaborasi dengan tiga syarikat bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tersebut. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya menyasarkan pelajar terkesan akibat Covid-19 untuk menjadi usahawan sama ada secara dalam talian, dropship dan membuka kiosk. “Tiga kaedah yang digarap diharap mendatangkan hasil. Ia kita jadikan projek perintis dan seandainya berjaya kita akan sebarkan seluruh kampus UiTM. “Projek perintis dropship ini contohnya kita akan mulakan di UiTM Dungun, Machang dan juga Raub melibatkan 200 pelajar dengan produk Simplysiti,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Simply SS Trading Sdn.Bhd.(Simplysiti),Shopee Mobile Malaysia Sdn.Bhd. (Shopee) dan Xinn Global Sdn.Bhd.di Hotel UiTM hari ini.

Yang hadir sama ialah Naib Canselor UiTM, Prof.Emeritus Datuk Ir.Dr.Mohd.Azraai Kassim, Presiden Simplysiti,Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Ketua Dasar Awam dan Hubungan Kerajaan Shopee, Leeroy Tin Kah Sing dan wakil Bahagian Pembangunan Xinn Global Sdn.Bhd., Zohriyyah Mokhtar.

Syed Zainal Abidin berkata, kerjasama dengan pihak Shopee melibatkan mana-mana pelajar atau fakulti yang mempunyai produk untuk dipasarkan di dalam laman sesawang perniagaan syarikat tersebut.

“Bagi kerjasama dengan Shopee ia melibatkan 1,200 pelajar yang akan mereka di laman mikro di dalam Shopee. Manakala kerjasama dengan Xinn Global akan melibatkan enam pelajar UiTM untuk perniagaan kiosk.

“Pelajar-pelajar ini akan diberi latihan oleh Xinn Global dan pihak UiTM bagi memastikan mereka mampu menjadi usahawan kiosk yang berjaya.

Media/Article Link: https://www.utusan.com.my/gaya/2021/01/uitm-bekerjasama-dengan-shopee-simplysiti-xinn-global/

Quick Links

Contact Us

Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603-5543 5665 / 5660
Fax: +603-5543 5666
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Web: https://masmed.uitm.edu.my

 

Visitors Traffic

2.png6.png1.png8.png2.png2.png
Today10
Yesterday279
This month4645

2
Online