Home
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
MASMED Official Website
PDF Print E-mail

LATIHAN & KONSULTANSI

Kursus-kursus dan Latihan yang dikendalikan oleh MASMED adalah seperti berikut :

  1. LPU    - Latihan Pewujudan Usahawan  (INSKEN - MITI)
  2. SLGP  - Skim Latihan & Galakan Perniagaan (INSKEN - MITI)
  3. SUS    - Skim Usahawan Siswazah (INSKEN - MITI)
  4. LAP    -  Latihan Asas Perniagaan (INSKEN - MITI)
  5. KAKS  - Kursus Asas Keusahawanan Siswa (INSKEN - MITI)
  6. LKS    - Latihan Keusahwanan Siswa (INSKEN - MITI)
  7. Latihan Keusahawanan Desa (KKLW)
  8. LENS  - Learning Entrepreneurship Series (Biotech Corp)
  9. Tunas Mekar (ICU-JPM)
  10. SME@University Programme (SME Corporation)

PENYELIDIKAN

Maklumat Penyelidikan MASMED

TUNAS MEKAR

Pengenalan Projek Tunas Mekar
Projek Tunas Mekar adalah ilhamY.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk membantu pengusaha dan mendapat pengalaman praktikal. Pensyarah UiTM pula memantau dan memberi nasihat bulanan kepada mereka.

Di bawah program ini, graduan bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan, akan dipilih menjadi working-consultant dengan pengusaha industri IKS tersebut. Ini adalah kerana, Y.A.B . Perdana Menteri percaya melalui satu kombinasi pengetahuan dan kepakaran daripada graduan dengan pengalaman daripada pengusaha, prospek untuk mencapai kejayaan adalah lebih baik. Lagipun, graduan yang lebih berminat untuk bekerja sendiri boleh melabur masa mereka dengan menyertai program ini sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada proses menjalankan periagaan secara langsung dengan para pengusaha tersebut.

Menurut YAB Perdana Menteri lagi, walaupun industri IKS negara telah merakamkan potensi yang baik, oleh kerana pemiagaan mereka dijalankan secara kurang professional atas pelbagai sebab (teknik pemasaran yang kurang cekap, pengurusan kewangan yang kurang teratur, ketiadaan teknologi, serta masalah mendapatkan sumber manusia), banyak produk tempatan yang berpotensi tinggi dibiarkan sahaja tanpa diketahui umum. Maka dengan pembentukan projek Tunas Mekar ini, YAB Perdana Menteri berharap ianya dapat membantu memudahkan penyatuan di antara pengalaman sebenar dan kepakaran teori untuk mencapai kejayaan dan prospek bagi "wealth creation" dan pembangunan kapasiti yang lebih efektif, sekaligus membantu membangunkan taraf luar bandar.

Sila layari http://tunasmekar.uitm.edu.my

 

Kalender Aktiviti

April 2012 May 2012 June 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 18 1 2 3 4 5 6
Week 19 7 8 9 10 11 12 13
Week 20 14 15 16 17 18 19 20
Week 21 21 22 23 24 25 26 27
Week 22 28 29 30 31

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini29
mod_vvisit_counterMinggu Ini361
mod_vvisit_counterBulan Ini1735